Tuesday, April 28, 2015

Diari Intern


                                                                                                  27 April 2015 (11.00 PM)

Assalamualaikum .

Dah lama rasanye tak update blog nie, tetibe malam nie rasa nak update.

Selamat hari lahir kepada sesiapa yang dilahirkan pada tarikh harini :) semoga sentiasa dilindungi, dirahmati, dan sentiasa terus maju dan berjaya. Tak kira la berapa umur anda sekarang, mungkin 10, 20, 40, 60, 65, bole jadi harini hari terakhir dapat bernafas, mungkin juga esok, lusa, tulat, minggu depan, kita tak tahu kan? Saya engatkan diri sendiri jugak sebenarnya. ohhh tak lupa pada baby-baby comel yang lahir pada tanggal 27.4 ni, jadi anak soleh solehah, cerdik cerdas, pandai pintar, petah berkata-kata, hebat berdebat, lantang bila berhujah pada ayah ibu, mak abah, baba mama, mumy dady, walid dan umi anda semua. Aminnn Ya Rabbal Alamin. Insyaallah.

Sebenarnye sekarang dah masuk bulan kedua saya praktikal. Dekat mana? hee. Pejabat Agama Daerah Kluang je. Tak jauh pun dengan rumah, lebih kurang setengah jam, sampailah kita. :) Berkait jugak kos yang dibelajar dengan tempat prktikal, senyum lagi. Sebab apa yang dibelajar boleh dipraktikkan. Bulan pertama saya ditempatkan di unit dakwah sampai akhir bulan 3, then 1 April saya ditukarkan di unit Undang-Undang Syariah sehingga harini. Macam-macam pengalaman yang saya rasa. Nak share cikit pengalaman saya pertama kali memandikan jenazah, masa tu Allah je tahu macam mana dan apa yang saya rasa. Mandikan sorang-sorang? Eh of course not! Saya dengan sorang lagi partner praktikal jugak, kire bertiga la masa tu, sorang lagi staff pejabat yang memang menguruskan jenazah, namanya kak Salmiah, kiteorang panggil kak sal je. Akak nie dah dekat 30 tahun lebih rasanye uruskan jenazah. First time kiteorang tengok je dulu apa yang kak Sal buat, potong kain, tali untuk ikat, plastik, minyak wangi, ape lagi tah saya tak engat. Lepas tu sediakan sabun, air kapur barus, kain untuk mandikan and untuk gosok-gosok badan jenazah tu. Kiteorang mandikan dekat hospital tau, bukan rumah. :) Eh lupa, tapi sebelum buat semua tu kiteorang pakai apron macam nak masak tu dengan glove. Kak Sal cakap memang kena pakai semua tu, sebab kita tak tau kan jenazah sakit ape :(

     
Ok sambung balik pengalaman tadi, masa tu tau tak ape yang kami rasa, tak tau nak explain, yang penting saya tengok intan, Intan tengok saya. hihi. Kekuatan masih belum ada, tapi kami tetap jugak tolong, saya tolong jirus air je, Intan dia berani sikit, Kak Sal buat belah kanan, Intan tolong belah kiri. Mule-mule kak Sal sabunkan macam biasa, guna sabun mandi wangi lagi tau, tapi sambil-sambil tu dalam hati tak putus zikir and selawat. Lepas siap sabunkan semua, bilas macam biase sampai selesai. Haaa tau tak ape yang saya buat lepas tu, kak Sal mintak tolong sorang pegang kaki, sorang pegang kepala, sebab nak gosok bahagian belakang pulak, Ya Allah! Intan payung saya yang pandai, bijak lagi berani boleh cepat-cepat pegi pegang bahagian kaki, so nak tak nak saya la yang kene pegang bahagian kepala, kire bahagian muka laa. Masa tu macam-macam saya imagine kt kepala nie. huiiiii. seriau! Tapi saya cube control diri and buat rilex macam tak de ape-ape. Dalam hati nie zikir tak berenti, punya la kan time tu. heeee. Saya pun try pegang slow-slow kepala jenazah (kire dari bahagian bahu sampai kepala saya pegang) :) Lepas siap semua kteorang bertiga dengan 2 orang staff hospital tolong angkat jenazah and pindahkan pada troli lain untuk dikafankan. Last sekali yang kiteorang tolong ape tau, we all tabur minyak wangi yang uolls pon sedia maklum baunya macam mana, kuat, pekat, semualaa. perfect! Lepas siap semua rasa lega sangat :)

Pengalaman yang sangat bermakna dan berharga yang saya tak boleh dapat kat mana-mana kalau tak praktikal kat pejabat agama nie :( Nie semua proses pembelajaran yang mana suatu hari nanti ibu bapa kita bakal menjadi jenazah juga, adik beradik, atuk, nenek, tokwan, opah, tok abah, mamatok, dan semua ahli keluarga yang lain. Lepas melalui pengalaman nie, saya nekad dan berazam untuk menjalankan tanggungjawab terakhir sebagai seorang anak, andai terjadi kepada kedua ibu bapa saya. Semoga Allah merahmati, menyayangi serta mengasihi mama and abah macam mana diaorang tatang saya semenjak kecik dulu. Semoga mama abah sentiasa diberi kesihatan, hidup dalam berkat dan rahamat Allah sentiasa. Aminnn Ya Rahman. 

Wednesday, May 14, 2014

Coretan lagi untuk awak.


Assalamualaikum cinta..

Harini awak sihat tak ? Nak cerita sikit nie. hihi

Rindu mereka tak? hihi
Harini saya pergi rumah awak, teman mereka tidur. haha Tapi tipukan semata-mata teman diaorang, actually saya join dia orang main masak-masak. huhuh.

Ini hasilnya..

Sedap tau kawan-kawan awak nie masak.


Malam nie saya tumpang tidur tempat awak tau kak auni.

Good nite yayang !

Cepat cepat sembuh and you will cooking, sleeping, playing, dating with them again, everyday, every night !.

Kami merinduimu yunk.







Monday, May 12, 2014

Cahaya Hatiku..


Selamat malam..


Selamat Hari Ibu Mama.. 
i love u so much !
terima kasih kerana melahirkanku di dunia ini..
tanpa Mama siapalah diri ini,
-anak yang keras kepala- 
Tapi kasihku tidak berbelah bagi walaupun dengan abah. 
hihi.

I love so much much much both of you Mama & Abah !.. 



saya tak balik rumah, jadi kad dan ucapan dari encik google je mampu bagi..




Sahabat seperjuanganku "Rabbani & Nurul Auni"


Assalamualaikum..

Coretan harini khas untuk kak aunie & banie.. ^-^

                                   


Mereka merupakan rakan sekelas dan kini rakan serumah, sekereta dan sebilik ! Perkenalan mereka bermula di kelas dan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Alhamdulillah, tanggal 31 Januari 2014 mereka selamat diijab kabulkan.

          Sekitar majlis mereka...

Kasih hingga ke syurga.
Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Aku terimanya nikahnya. 
I'm next! hihi..


Saya turut gembira, walaupun tak dapat hadir semasa majlis mereka. (^-^) 
Saya doakan kalian kekal bahagia hingga syurga Firdaus. Aminnn Ya Rabbal Alaminnn. 

Tetapi..

Kuasa Allah Maha Besar, pada 17 Mac 2014 setelah hampir dua bulan tempoh pernikahan, mereka diuji dengan ujian yang mungkin tak mampu untuk saya lalui. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, banyak hikmah dan pelangi indah menantimu sahabat. 

Hospital Besar Muar.

Sahabatku, yakinlah hanya Allah yang paling pemurah di antara yang pemurah, paling penyayang di antara yang penyayang, paling pengasih di antara yang pengasih.

Ya Allah yang Maha Agung, sayangilah kami dalam segala kelemahan dan ketidakmampuan kami. 
Ya Allah yang Maha Berkuasa, pertemukanlah kami dengan orang-orang yang Engkau cintai dan Engkau redhai. 
Ya Allah yang Maha Melindungi, janganlah Engkau pisahkan antara kami dengan mereka. 
Ya Allah yang Maha Pemaaf, redhai dan sayangilah kami. 
Ya Allah yang Maha Pemurah, dengarkan dan kabulkan doa kami kerana hanya kepadaMu kami memohon dan meminta. 
Ya Allah yang Maha Menguasai, rahsia di sebalik rahsia, hikmah disebalik kejadian dan ujian, hanya Engkau yang mengetahui. 
Ya Allah yang Maha Kaya, aku memohon agar dipermudahkan segala urusan sahabatku ini. 


Sahabatku, semoga engkau tabah dengan ujian yang diberi, hanya engkau hamba Allah yang terpilih kerana diberi ujian seberat ini. Aku yakin engkau kuat, masih mampu mengukir senyuman dikala ujian seberat ini menimpamu.

Sahabatku, kuatkan semangatmu kerana bukan hanya diriku menantimu, malah sahabat-sahabat sekuliah lain.

Sahabatku, aku menunggumu kembali ceria, bahagia, gelak ketawa, gurau senda, dan masuk kuliah bersama suami tercintamu. 
Sahabatku, aku bahagia mengenali dan membina ukhuwah bersamamu. 
Sahabatku, semoga kita berjumpa lagi di coretan akan datang. (^-^)




Sunday, May 11, 2014

Pertama kali dalam hidup..


بسم الله الرحمن الرحيم

ِ
Assalamualaikum w.b.t...

 
      Saya bukanlah penulis cerpen, apatah lagi buku, jauh sekali penulis novel. Yes jauh sekali! Rasenye seumur hidup ini pertama kalinya saya meluah perasaan di blog. Jangan cakap blog, diari pon saya tak pernah ada wak (^-^) Nak tau kenapa? Sebenarnya tujuan asal dan sebab utama saya membuat blog ni disebabkan 'ASSIGNMENT', nak tau subjek hape? haaa.. subjek Kemahiran Asas Kaunseling! Dengar macam lawak kan, tapi tula hakikatnya. hihi Mula-mula, dengar je datin (lecterur saya lah) suruh buat blog, saya rasa macam nak jerit sekuat hati! Tapi behave laa, dalam dewan kuliah pulak tuu kannn. Dari hari ke hari saya tangguhkan dahulu fikir pasal blog nie, akhirnya saya terpaksa juga menulis, mencoret, meluah, membebel disini. Tetapi apa pun saya tetap berterima kasih kepada beliau kerana memberi tugasan ini dan saya kira ia adalah pengalaman baru yang perlu dimanfaatkan. Khas keranamu lecturer,  Datin Sapora bt Sipon. Sekian..