Wednesday, May 14, 2014

Coretan lagi untuk awak.


Assalamualaikum cinta..

Harini awak sihat tak ? Nak cerita sikit nie. hihi

Rindu mereka tak? hihi
Harini saya pergi rumah awak, teman mereka tidur. haha Tapi tipukan semata-mata teman diaorang, actually saya join dia orang main masak-masak. huhuh.

Ini hasilnya..

Sedap tau kawan-kawan awak nie masak.


Malam nie saya tumpang tidur tempat awak tau kak auni.

Good nite yayang !

Cepat cepat sembuh and you will cooking, sleeping, playing, dating with them again, everyday, every night !.

Kami merinduimu yunk.







Monday, May 12, 2014

Cahaya Hatiku..


Selamat malam..


Selamat Hari Ibu Mama.. 
i love u so much !
terima kasih kerana melahirkanku di dunia ini..
tanpa Mama siapalah diri ini,
-anak yang keras kepala- 
Tapi kasihku tidak berbelah bagi walaupun dengan abah. 
hihi.

I love so much much much both of you Mama & Abah !.. 



saya tak balik rumah, jadi kad dan ucapan dari encik google je mampu bagi..




Sahabat seperjuanganku "Rabbani & Nurul Auni"


Assalamualaikum..

Coretan harini khas untuk kak aunie & banie.. ^-^

                                   


Mereka merupakan rakan sekelas dan kini rakan serumah, sekereta dan sebilik ! Perkenalan mereka bermula di kelas dan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Alhamdulillah, tanggal 31 Januari 2014 mereka selamat diijab kabulkan.

          Sekitar majlis mereka...

Kasih hingga ke syurga.
Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Aku terimanya nikahnya. 
I'm next! hihi..


Saya turut gembira, walaupun tak dapat hadir semasa majlis mereka. (^-^) 
Saya doakan kalian kekal bahagia hingga syurga Firdaus. Aminnn Ya Rabbal Alaminnn. 

Tetapi..

Kuasa Allah Maha Besar, pada 17 Mac 2014 setelah hampir dua bulan tempoh pernikahan, mereka diuji dengan ujian yang mungkin tak mampu untuk saya lalui. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, banyak hikmah dan pelangi indah menantimu sahabat. 

Hospital Besar Muar.

Sahabatku, yakinlah hanya Allah yang paling pemurah di antara yang pemurah, paling penyayang di antara yang penyayang, paling pengasih di antara yang pengasih.

Ya Allah yang Maha Agung, sayangilah kami dalam segala kelemahan dan ketidakmampuan kami. 
Ya Allah yang Maha Berkuasa, pertemukanlah kami dengan orang-orang yang Engkau cintai dan Engkau redhai. 
Ya Allah yang Maha Melindungi, janganlah Engkau pisahkan antara kami dengan mereka. 
Ya Allah yang Maha Pemaaf, redhai dan sayangilah kami. 
Ya Allah yang Maha Pemurah, dengarkan dan kabulkan doa kami kerana hanya kepadaMu kami memohon dan meminta. 
Ya Allah yang Maha Menguasai, rahsia di sebalik rahsia, hikmah disebalik kejadian dan ujian, hanya Engkau yang mengetahui. 
Ya Allah yang Maha Kaya, aku memohon agar dipermudahkan segala urusan sahabatku ini. 


Sahabatku, semoga engkau tabah dengan ujian yang diberi, hanya engkau hamba Allah yang terpilih kerana diberi ujian seberat ini. Aku yakin engkau kuat, masih mampu mengukir senyuman dikala ujian seberat ini menimpamu.

Sahabatku, kuatkan semangatmu kerana bukan hanya diriku menantimu, malah sahabat-sahabat sekuliah lain.

Sahabatku, aku menunggumu kembali ceria, bahagia, gelak ketawa, gurau senda, dan masuk kuliah bersama suami tercintamu. 
Sahabatku, aku bahagia mengenali dan membina ukhuwah bersamamu. 
Sahabatku, semoga kita berjumpa lagi di coretan akan datang. (^-^)




Sunday, May 11, 2014

Pertama kali dalam hidup..


بسم الله الرحمن الرحيم

ِ
Assalamualaikum w.b.t...

 
      Saya bukanlah penulis cerpen, apatah lagi buku, jauh sekali penulis novel. Yes jauh sekali! Rasenye seumur hidup ini pertama kalinya saya meluah perasaan di blog. Jangan cakap blog, diari pon saya tak pernah ada wak (^-^) Nak tau kenapa? Sebenarnya tujuan asal dan sebab utama saya membuat blog ni disebabkan 'ASSIGNMENT', nak tau subjek hape? haaa.. subjek Kemahiran Asas Kaunseling! Dengar macam lawak kan, tapi tula hakikatnya. hihi Mula-mula, dengar je datin (lecterur saya lah) suruh buat blog, saya rasa macam nak jerit sekuat hati! Tapi behave laa, dalam dewan kuliah pulak tuu kannn. Dari hari ke hari saya tangguhkan dahulu fikir pasal blog nie, akhirnya saya terpaksa juga menulis, mencoret, meluah, membebel disini. Tetapi apa pun saya tetap berterima kasih kepada beliau kerana memberi tugasan ini dan saya kira ia adalah pengalaman baru yang perlu dimanfaatkan. Khas keranamu lecturer,  Datin Sapora bt Sipon. Sekian..