Monday, May 12, 2014

Sahabat seperjuanganku "Rabbani & Nurul Auni"


Assalamualaikum..

Coretan harini khas untuk kak aunie & banie.. ^-^

                                   


Mereka merupakan rakan sekelas dan kini rakan serumah, sekereta dan sebilik ! Perkenalan mereka bermula di kelas dan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Alhamdulillah, tanggal 31 Januari 2014 mereka selamat diijab kabulkan.

          Sekitar majlis mereka...

Kasih hingga ke syurga.
Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Aku terimanya nikahnya. 
I'm next! hihi..


Saya turut gembira, walaupun tak dapat hadir semasa majlis mereka. (^-^) 
Saya doakan kalian kekal bahagia hingga syurga Firdaus. Aminnn Ya Rabbal Alaminnn. 

Tetapi..

Kuasa Allah Maha Besar, pada 17 Mac 2014 setelah hampir dua bulan tempoh pernikahan, mereka diuji dengan ujian yang mungkin tak mampu untuk saya lalui. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, banyak hikmah dan pelangi indah menantimu sahabat. 

Hospital Besar Muar.

Sahabatku, yakinlah hanya Allah yang paling pemurah di antara yang pemurah, paling penyayang di antara yang penyayang, paling pengasih di antara yang pengasih.

Ya Allah yang Maha Agung, sayangilah kami dalam segala kelemahan dan ketidakmampuan kami. 
Ya Allah yang Maha Berkuasa, pertemukanlah kami dengan orang-orang yang Engkau cintai dan Engkau redhai. 
Ya Allah yang Maha Melindungi, janganlah Engkau pisahkan antara kami dengan mereka. 
Ya Allah yang Maha Pemaaf, redhai dan sayangilah kami. 
Ya Allah yang Maha Pemurah, dengarkan dan kabulkan doa kami kerana hanya kepadaMu kami memohon dan meminta. 
Ya Allah yang Maha Menguasai, rahsia di sebalik rahsia, hikmah disebalik kejadian dan ujian, hanya Engkau yang mengetahui. 
Ya Allah yang Maha Kaya, aku memohon agar dipermudahkan segala urusan sahabatku ini. 


Sahabatku, semoga engkau tabah dengan ujian yang diberi, hanya engkau hamba Allah yang terpilih kerana diberi ujian seberat ini. Aku yakin engkau kuat, masih mampu mengukir senyuman dikala ujian seberat ini menimpamu.

Sahabatku, kuatkan semangatmu kerana bukan hanya diriku menantimu, malah sahabat-sahabat sekuliah lain.

Sahabatku, aku menunggumu kembali ceria, bahagia, gelak ketawa, gurau senda, dan masuk kuliah bersama suami tercintamu. 
Sahabatku, aku bahagia mengenali dan membina ukhuwah bersamamu. 
Sahabatku, semoga kita berjumpa lagi di coretan akan datang. (^-^)




No comments:

Post a Comment